DDR.......sentiasalah mengingati Allah S.W.T dalam setiap perbuatan

JITRA, 20 Februari – “Jangan lupa kepada Allah kerana kita mungkin lupakan-Nya namun Allah tidak pernah melupakannya,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya.

Menurut DDR, perkara asas yang perlu ada di dalam diri adalah sentiasa mengingati Allah Maha Pemberi Rezeki dan bersyukur dengan apa yang diberikan oleh-Nya.

“Inilah perkara yang doktor pelajari dari kehidupan doktor sendiri setelah mengalami krisis sebelum ini akibat daripada fitnah dan khianat oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata lagi, beliau hampir mengalami ‘tekanan perasaan’ namun Allah masih sayangkan umatnya dan memberikan beliau hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.

“Jadi, sedikit demi sedikit doktor daki untuk sampai kepuncak menara dan akhirnya berkat kesabaran, sikap fokus, kejujuran dan usaha yang bersungguh-sungguh mengembalikan semangat doktor untuk melangkah dengan lebih jauh mencipta kejayaan.

“Alhamdulillah, syukur doktor kepada Allah kerana memperoleh keberkatan dari-Nya dan kejayaan yang diimpikan sehingga menjadi kenyataan.

“Walaupun hidup di dalam kemewahan dan masih lagi merancang untuk menghasilkan kejayaan doktor tidak pernah mengabaikan tanggungjawab doktor sebagai seorang umat Islam,” kata Presiden dR Group (dRG) itu.