DDR.....produk JM5 membantu golongan obesiti

JITRA, 20 Februari – “Berbekalkan ilmu dan kepakaran serta pengalaman perubatan selama 15 tahun doktor menghasilkan satu formulasi untuk membantu golongan yang mengalami masalah obesiti,” kata Datuk Dr Che Rozmey (DDR) tadi.

Menurutnya, formulasi yang telah dijalankan penyelidikan mampu menghasilkan satu produk ajaib pada masa kini iaitu produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

“Produk JM5 ini dihasilkan untuk membantu golongan obesiti  dinegara ini menyelesaikan masalah berat badan yang dihadapi dan memberikan bentuk tubuh yang diingini oleh mereka,” katanya.

Katanya lagi, beliau bertanggungjawab terhadap golongan ini kerana obesiti boleh menyebabkan banyak penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

“Jadi, kehadiran produk formulasi dR Rozmey memberi pilihan keranan menggunakan adunan herba, fiber dan pati buah-buahan tanpa bahan kimia atau pengawet.

“Doktor juga boleh memberikan jaminan terhadap produk JM5 ini kerana doktor seorang pakar perubatan dan mempunyai pengetahuan di dalam bidang ini.

“Kini, doktor mempunyai pelbagai lagi perancangan untuk menghasilkan bisnes mengenai produk kesihatan yang bukannya berasaskan keuntungan semata-mata tetapi lebih mementingkan kesihatan masyarakat secara keseluruhannya,” kata Presiden dR Group itu (dRG) itu.