dR Slimming Suit bakal menemui pasaran Mac ini

JITRA, 18 Februari – Satu lagi produk baru yang bakal dilancarkan oleh dR Rozmey Group (dRG) iaitu Slimming Suit yang berfungsi untuk membantu pengguna untuk mendapatkan bentuk tubuh yang lebih menarik.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) produk Slimming Suit sudah berada dipasaran Malaysia dan bakal berada dipasaran Asia seperti Jepun dan Korea.

“Dengan adanya produk kesihatan Slimming Suit ini ianya akan membantu pengguna membentuk potongan badan yang cantik secara semula jadi dan pemakaian setiap hari dalam jangka masa panjang akan mengembalikan bentuk badan cantik tanpa kesan sampingan,” katanya.

Katanya lagi, produk ini juga berfungsi untuk membentuk punggung, payudara, mengurangkan saiz pinggan serta melangsingkan pinggul seperti yang di idam-idamkan setiap wanita masa kini.

“Disamping itu, Slimming Suit ini juga mempunyai infra merah bagi melancarkan pengedaran darah, menyingkirkan lemak dan mencegah badan daripada berbau serta ianya direka untuk menyokong tulang belakang dan bahagian rusuk.

“Oleh itu, dengan harga yang berpatutan iaitu RM 2450 boleh meberikan kepuasan terhadap pengguna dan merasai pelaburan yang dilakukan itu membuahkan hasil yang amat memberangsangkan,” katanya lagi.