DDR...produk dRII yang semakin bertambah permintaannya

JITRA, 17 Februari – “Segala-galanya adalah seperti yang dijangkakan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditanya mengenai produk kesihatan yang diformulasikan oleh beliau sendiri.

Pelbagai produk kesihatan keluaran dR Group (dRG) yang dihasilkan demi menampung penderitaan pesakit kronik dilihat berkesan sama sekali dan mendapat sambutan hangat.

Menurut Presidennya, produk-produk keluaran syarikatnya itu meletup semenjak awal penubuhan syarikat sehinggalah ke hari ini.

“Keajaibannya terbukti terhadap testimoni-testimoni yang sudah menggunakannya dan merasai sendiri tentang hasil daripada impak penggunaan produk tersebut,” katanya.

Beliau berkata lagi, peningkatan jumlah penjualan produk-produk yang dihasilkan bertambah secara mendadak pada bulan ini.

“Produk dRII yang diformulasikan untuk menangani masalah kulit berkali peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding sebelumnya.

“Manakala produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang menjadi kegilaan golongan obesiti negara ini menduduki ranking kedua yang mencatat penjualan terbanyak semenjak sebulan yang lalu.

“Selain itu, produk Doc-K yang dihasilkan demi membantu golongan yang menghida masalah Gout terutamanya dilihat mendapat perhatian umum kerana kadar penjualannya juga meningkat secara mendadak.

“Walaubagaimanapun, produk-produk lain juga tetap mendapat sambutan yang menggalakkan dan doktor amat mensyukuri rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T melalui bisnes yang doktor cipta,” katanya lagi.