DDR...antara produk terbaru yang akan diletakkan di dR World Centre

JITRA, 17 Februari – “Label dR Rozmey yang menjadi kegilaan bangsa 1 Malaysia bakal bertapak di selatan tanahair,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemuramah hari ini.

Pembelian lot kedai yang dianggarkan sebanyak RM6 juta diBandar Baru Bangi, Selangor adalah satu pelaburan untuk menubuhkan dR World Centre.

Menurut DDR, lokasinya yang begitu strategik melahirkan suatu idea terhadap beliau untuk menubuhkan dR World Centre sebagai langkah untuk mengembangkan bisnes.

“Selain itu, lokasinya juga dikatakan mampu memberikan impak besar terhadap bisnes dan ianya boleh berkembang pesat seperti yang dirangkakan,” katanya.

Beliau berkata lagi, perancangan mengenai penubuhan dR World Centre juga bakal memberikan kepentingan terhadap bangsa 1 Malaysia supaya lebih mengenali label dR Rozmey untuk dijadikan panduan dalam mencipta sesuatu kejayaan.

“Disamping itu, dengan penubuhan ini juga ianya membuka peluang pekerjaan terhadap golongan masyarakat sekaligu mempelajari selok belok untuk melakar kejayaan menerusi bidang bisnes.

“Bangunan tiga tingkat akan dijadikan sebagai pusat untuk doktor mempromosikan barangan keluaran dR Group (dRG) iaitu produk kesihatan dan kecantikan.

“Bukan itu sahaja malahan dR Slimming Centre juga akan ditubuhkan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan yang berada di selatan tanahair membuat rawatan untuk mendapat susuk tubuh menawan,” katanya lagi.