Rafidah Radzi.......ikut cara DDR

JITRA, 15 Februari – Syarikat dR Group (dRG) yang kini tampak gah dengan label dR Rozmey dilihat semakin meningkat popularitinya di seluruh Malaysia.

Dengan kejayaan yang diperoleh melalui pencetusan fenomena dR Rozmey organisasi dRG terkenal dengan keajaiban produk-produk yang diformulasikan oleh pPresidennya iaitu Datuk D r Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut Pengurus Besar dR Group (dRG) Puan Rafidah Radzi, walaupun memiliki bilangan pekerja yang begitu ramai tiada sebarang permasalahan yang berlaku ketika organisasi sedang beroperasi malahan warga dRG dilihat selesa dibawah naungan dR Rozmey.

“Hal ini adalah disebabkan oleh cara pentadbiran yang dilakukan oleh DDR menuruti acuan dR Rozmey dilihat agak berbeza berbanding organisasi lain,” katanya

Beliau berkata lagi, DDR merupakan seseorang begitu prihatin dan ambil berat terhadap kesemua warga dRG yang baginya merupakan tunjang demi membangunkan dRG menjadi kebanggaan bangsa 1 Malaysia.

“Selain itu, semenjak penubuhan dRG DDR juga begitu yakin dan amat berpuas hati dengan hasil kerja yang dipertanggungjawabkan dan tidak pernah merungut dengan tenaga kerjanya.

“Jadi warga dRG bukan sahaja dapat menimba pengalaman kerja di syarikat ini malah mendapat keselesaan dengan cara kepimpinan yang dicipta oleh DDR selaras dengan konsep fenomena yang dicetuskan untuk kepentingan bersama ,” katanya ketika ditemubual.