Setiap tahun perarakan akan dibuat sempena memperingati kelahiran Rasullullah S.A.W

MAULIDUR Rasul adalah ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang setiap tahun disambut oleh umat Islam seluruh dunia sempena memperingati baginda.

Nabi Muhammad S.A.W yang dilahirkan pada 12 Rabiulawal hari Isnin bersamaan tahun gajah itu merupakan utusan Allah S.W.T untuk membimbing manusia kejalan yang diredhai oleh Allah demi memperoleh ganjaran yang tidak terhitung nilainya.

Diwaktu kelahiran Nabi Muhammad S.A.W menjejak kedunia makhluk-makhluk sekalian alam merasai kegembiraan yang teramat sangat seolah-olah detik 12 Rabiuawal itu merupakan hari yang terindah berbanding sebelumnya.

Pelbagai tanda-tanda yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T semasa awal kelahiran Nabi Muhammad S.A.W bahawasanya baginda adalah pemimpin dan pembawa ajaran yang sempurna iaitu Islam.

Jadi ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang manusia yang mulia dan sudah semestinya kita sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya mengamalkan ajaran yang dibawa oleh baginda kerana ajaran itu adalah dari Allah S.W.T.

Sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W perlulah kita memperbanyakkan majlis-majlis agama mengimbau kembali kisah-kisah perjuangan Rasullullah supaya ianya menjadi pembakar semangat kepada kita untuk memperjuangkan agama Islam.

Jangan dicemari Maulidur Rasul dengan perkara-perkara merosakkan serta melalaikan kerana ianya adalah satu kemungkaran yang bakal memperoleh pembalasan buruk dikemudian hari.

Setiap tahun sempena memperingati kelahiran Rasullullah S.A.W perarakan bersertakan selawat keatas Nabi junjungan mulia akan dilakukan oleh setiap Muslim di pelusuk dunia.

Bukan hanya memperingati kelahiran baginda namun seharusnya kita perlu mendisiplinkan diri supaya senantiasa mengingati dan mempraktikkan sunnah-sunnahnya yang dilantik sebagai kekasih Allah.

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat manusia yang bergelar agama Islam semoga dengan memperingati kembali peristiwa serta kisah-kisah Muhammad S.A.W kita ditempatkan sebagai umat yang soleh dan solehah.