DDR....dR Silky terkandung ramuan kolagn untuk mencantikkan kulit

JITRA, 15 Februari – Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang bernaung di bawah dR Group (dRG) telah menghasilkan pelbagai produk kecantikan yang mengandungi kolagen bagi membantu pengguna yang inginkan kejelitaan.

Oleh itu, kolagen merupakan ramuan yang amat penting untuk mengekalkan kecantikan tubuh badan dan juga berfungsi merawat segala penyakit yang berkaitan dengan kulit.

Menurut Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pengamalan menggunakan kolagen dapat memberikan penghasilan kulit yang lebih anjal dan kelihatan muda.

“Kolagen adalah protein penting yang diperlukan tiga peratus untuk tubuh dan 75 peratus untuk kulit yang berfungsi untuk penjagaan kulit dan umpama makanan kepada sel dan tisu serta diperlukan dalam pembinaan, pengekalan , dan pembentukan kulit,” katanya.

Beliau berkata lagi, kolagen juga membantu pengguna untuk mengekalkan awet muda dan bertindak sebagai fungsi nutrisi bagi kulit yang dimamah usia.

“Oleh itu, secara saintifiknya kolagen boleh mengurangkan garis halus, mencerahkan kulit pudar, melembutkan tekstur, melindungi kulit daripada sinaran UV serta memberikan kulit yang lebih berseri.

“Jadi, penemuan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh doktor dahulu ternyata sebagai bukti bahawa kolagen menjadi ramuan utama dalam produk dR Silky yang menjadi kegilaan golongan wanita masa kini untuk tampil dengan lebih berkeyakinan,” ujarnya ketika ditemui pagi tadi.