dR Slimming Suit rekaan terbaik untuk wanita masa kini yang mementingkan bentuk badan menawan

JITRA, 13 Februari – Satu lagi produk baru yang telah dilancarkan oleh dR Group (dRG) iaitu Slimming Suit yang berfungsi untuk membantu pengguna untuk mendapatkan bentuk tubuh yang lebih menarik.

Menurut Presidennya Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) produk Slimming Suit dihasilkan untuk pengguna yang inginkan susuk tubuh yang menawan yang akan berada di pasaran pada awal tahun ini.

“Dengan adanya produk kesihatan Slimming Suit ini ianya akan membantu pengguna membentuk potongan badan yang cantik secara semula jadi dan pemakaian setiap hari dalam jangka masa panjang akan mengembalikan bentuk badan cantik tanpa kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata lagi, Slimming Suit juga berfungsi untuk membentuk punggung, payudara, mengurangkan saiz pinggan serta melangsingkan pinggul seperti yang di idam-idamkan setiap wanita masa kini.

“Disamping itu, Slimming Suit ini juga mempunyai infra merah bagi melancarkan pengedaran darah, menyingkirkan lemak dan mencegah badan daripada berbau serta ianya direka untuk menyokong tulang belakang dan bahagian rusuk.

“Oleh itu, dengan harga yang berpatutan iaitu RM2450 dikatakan boleh memberikan kepuasan terhadap pengguna dan merasai pelaburan yang dilakukan itu membuahkan hasil yang amat memberangsangkan,” katanya ketika ditemuramah hari ini.