dR IT Solution tawar perkhidmatan servis komputer

JITRA, 13 Februari – “Fenomena menerusi jenama dR Rozmey bakal diperluaskan lagi di dalam teknologi maklumat,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dipejabat beliau semalam.

Akibat kecanggihan teknologi maklumat di era globalisasi ini DDR berhasrat memperluaskan perniagaannya di dalam bidang ICT.

Menurut DDR, ramai yang hanya mengetahui menggunakan alatan canggih yang direka oleh dunia luar namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana menyelesaikannya jika dihadapi masalah.

“Jadi, penubuhan syarikat dR ROzmey IT Solution berfungsi melahirkan dR IT yang bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan komputer.

Beliau berkata lagi, tertubuhnya dR Rozmey IT Solution ini adalah kerana menyedari bahawa kini setiap organisasi yang melakukan apa jua pengurusan adalah dengan menggunakan komputer.

“Jadi, jika pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan computer dR Rozmey IT Solution adalah penawar segala-galanya.

“Selain itu, dR Rozmey IT Solution juga menyediakan perkhidmatan membaikpulih komputer dengan kadar yang berpatutan berbanding pusat servis komputer lain.

“Disamping memberikan servis yang terbaik dR Rozmey IT Solution juga menyediakan alat-alat perkakasan komputer (hardware) dan menjual perisian computer,” kata pemilik label dR Rozmey itu.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, fenomena dR Rozmey menerusi empayar teknologi maklumat berfungsi memberikan pendedahan pengetahuan dunia ICT terhadap masyarakat dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk golongan belia di utara tanahair.