DDR.....pengalaman masa lampau banyak memberikan pengajaran

JITRA, 11 Februari – “Pengalaman merupakan sesuatu aspek yang penting di dalam kehidupan demi mendewasakan akal fikiran seseorang,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Oleh itu, pembelajaran terbaik mengenai kehidupan dalam mematangkan diri adalah daripada pengalaman kehidupan masa lampau.

Menurut DDR, penelitian pengalaman kehidupan masa silam sedikit sebanyak membantu seseorang individu untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pada dahulunya agar tidak akan berulang lagi.

“Kejayaan yang doktor kecapi sekarang adalah hasil daripada pengalaman yang telah banyak memberikan pengajaran berguna kepada doktor untuk berada di tahap seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata lagi, sebelum beliau menemui kejayaan yang dikecapi kini beliau mengharungi pelbagai liku dan onak duri di dalam kehidupan.

“Namun berbekalkan pengalaman di dalam diri doktor yang memberikan pembelajaran yang berguna doktor menemui strategi demi menghasilkan kejayaan untuk disanjung seperti hari ini.

“Selain itu, berkat bantuan daripada Allah S.W.T Yang Maha Pemberi Rezeki beserta doa dan niat suci menyebabkan pelbagai kejayaan menerusi fenomena yang dicetuskan membuahkan hasil yang begitu lumayan,” kata DDR.