DDR.....dRII antara produk yang memperoleh permintaan tertinggia

JITRA, 10 Februari – Fenomena produk keluaran dR Group (dRG) ternyata memberikan impak yang besar terhadap golongan bangsa 1 Malaysia.

Keajaiban produk formulasi pengasasnya iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) jelas terbukti keberkesanannya terhadap testimoni-testimoni dRG yang kini sedang giat aktif menjadi pengedar dibawah naugan dR Rozmey.

Menurut DDR, produk-produk keluaran beliau kini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna lama dan juga baru.

“Berkemungkinan bangsa 1 Malaysia amat memerlukan produk yang mujarab ini demi menyembuhkan pelbagai penyakit kronik yang dihidapi,” katanya.

Beliau berkata lagi, 10 produk yang dihasilkan melalui penyelidikan menepati citarasa pengguna dan dikatakan sebagai penawar untuk menyembuhkan penyakit.

“Kesemua produk yang dihasilkan adalah formulasi doktor sendiri setelah penyelidikan dibuat selama beberapa tahun sebelum doktor menjualnya kepada pengguna.

“Alhmdulillah segala penyelidikan terhadap kesemua produk yang doktor lancarkan kini berjaya sehingglah penemuan produk terbaru iaitu dR Hepar yang diformulasikan untuk penyakit hati.

“Sambutan hangat daripada pengguna-pengguna adalah ketika perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini yang berpusu-pusu untuk mendapatkan produk menuruti kehendak mereka di ibu pusat dR Group (dRG),” ujarnya ketika ditemui hari ini.