DDR....usahawan berjaya

JITRA, 10 Februari – “Pengalaman adalah sesuatu aset yang bernilai dalam membantu seseorang untuk mencipta kejayaan yang luar biasa,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam .

Menurut DDR, sepanjang menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka  bumi ini pengalaman telah banyak memberikan pelbagai pengajaran dalam mewujudkan kejayaan seperti sekarang.

“Kehidupan diera globalisasi masa kini membuka peluang terhadap masyarakat untuk mencipta pelbagai kejayaan menerusi perancangan dan aturcara strategi mereka tersendiri.

Beliau berkata lagi, sebelum menikmati kejayaan seperti sekarang doktor menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang yang bergelar ahli peniagaan,” katanya.

“Namun akibat kecekalan dan ketabahan doktor segala dugaan dan cabaran yang menimpa dapat doktor tempuhi dan sedikit demi sedikit doktor berusaha untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap doktor.

“Jelas terbukti hari ini doktor sudahpun menciptakan pelbagai kejayaan selepas menghasilkan fenomena yang bukan sahaja memberikan kebaikan kepada diri sendiri malahan masyarakat berkat doa dan usaha doktor sendiri.

“Hal ini berlaku adalah akibat daripada pengalaman masa lampau telah mengajar dan mendidik doktor kerana pengalaman merupakan pembelajaran terbaik di dalam meniti arus kehidupan di hari mendatang,” kata pemilik label dR Rozmey itu ketika ditemui.