ALLAH MAHA BESAR

MANUSIA yang dilantik sebagai khalifah dimuka bumi Allah S.W.T tidaklah bersifat maksum seperti sifat Nabi Muhammad S.A.W kerana manusia adalah sifat baharu.

Namun kini mereka sering lalai dan leka dengan keindahan dunia yang hanya dipinjamkan dari Allah sebagai persinggahan untuk mencari bekalan pada hari akhirat mendatang.

Keindahan dunia yang sering menjadikan seseorang manusia itu sentiasa alpa dengan larangan dan suruhan Allah S.WT adalah cinta.

Cinta merupakan sesuatu perasaan yang datang dengan sendirinya tanpa diduga namun untuk melupakannya adalah satu keperitan yang harus dilalui dengan tabah.

Saling mencintai antara sesama manusia adalah tidak digalakkan kerana sekiranya tidak dibendung ianya boleh mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.

Zaman era globalisasi kini sudah jelas terbukti bahawa perasaan cinta menjadi keutamaan dan semakin menular disetiap lubuk hati golongan remaja.

Cinta yang hanya berlandaskan hawa nafsu menyebabkan perkara-perkara tidak dingini boleh berlaku tanpa mempedulikan ajaran yang berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Cinta antara manusia adalah cinta yang membutakan pasangan untuk bergelumang dengan maksiat dan Allah menghalalkan cinta sesama manusia selepas melangkah kea lam perkahwinan.

Cinta manusia adalah cinta sementara namun cinta pada Allah S.W.T adalah cinta sejati yang tidak dapat dihitungkan ganjaran yang diperoleh jika kasih sayang sepenuhnya dicurahkan kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T memuliakan umat yang mencintainya lebih dari diri mereka sendiri dan ganjharan syurga diberikan sekiranya umat manusia dimuka bumi cintakan-Nya.