DDR.....antara produk terbaru yang bakal menemui pasaran Mac ini

JITRA, 10 Februari – “Islam menggalakkan umatnya untuk mencari rezeki melalui bisnes kerana peratusan rezeki adalah lebih kepada bisnes,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui dipejabatnya.

Berpegang kepada prinsip kejujuran dan keikhlasan beliau mengambil peluang untuk mencipta kejayaan dengan menjadikan Islam sebagai panduan hidup.

Menurutnya, beliau amat meminati dunia bisnes kerana ianya memberikan sesuatu yang istimewa berbanding golongan masyarakat yang tidak menjalankan perniagaan.

“Ganjaran lumayan menanti sekiranya diiringi doa dan usaha dalam memperjuangkan sesuatu perniagaan yang dicipta,” katanya.

Beliau berkata lagi, satu demi satu fenomena yang beliau cetuskan demi untuk menegakkan bisnes yang dicipta menjadi kebanggaan golongan bangsa 1 Malaysia.

“Akibat daripada fenomena yang doktor cetuskan kini bangsa 1 Malaysia menyedari kehadiran doktor dengan pelan bisnes yang menjadi kegilaan terhadap label dR Rozmey.

“Konsep keprihatinan sememangnya menjadi keutamaan dalam melancarkan sesuatu bisnes yang memberikan kepentingan bersama untuk merasai kejayaan.

“Jelaslah bisnes produk kesihatan yang doktor formulasikan dengan air tangan doktor dilihat menepati dengan kehendak pengguna masa kini.

“Jadi, doktor akan mencipta pelbagai lagi bisnes menerusi label dR Rozmey supaya jenama ini dilihat mampu bersaing setaraf dengan antarabangsa dan produk terbaru yang bakal doktor lancarkan adalah produk kesihatan iaitu dR Premier dan dR Slimming Suit pada Mac tahun ini,” katanya lagi.