DDR...keterampilan menjadi keutamaan beliau

JITRA, 8 Februari – “Penampilan kemas melambangkan keperibadian seseorang,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang dikatakan agak cerewet dengan penampilan dirinya.

Menurut DDR, beiau yang dikatakan ahli perniagaan yang terkemuka kini begitu mementingkan penampilan diri dengan gayanya tersendiri.

“Doktor tampil dengan pelbagai fenomena luar biasa yang membuatkan masyarakat kini begitu setia bersama-sama doktor dalam menghasilkan pelbagai kejayaan.

“Jadi, memandangkan fenomena yang dicetuskan oleh doktor menerima sokongan hebat dari rakyat, doktor perlu memiliki imej dan juga gaya tersendiri untuk membolehkan masyarakat yang ingin bersama-sama doktor mengenali pengasas jenama dR Rozmey,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, penampilan diri melambangkan personaliti seseorang samada ianya kearah kebaikan atau keburukan dan perkara sebegini amatlah penting terhadap individu yang berkerjaya dalam organisasi korporat dan juga dunia perniagaan.

“Jadi sebagai seseorang individu yang bergiat dalam dunia seni dan perniagaan doktor seharusnya tampak kemas dan bergaya supaya menghindarkan dari kritikan dan cemuhan yang dilemparkan.

“Sehubungan itu, dengan berpenampilan yang kemas dan menarik persepsi utama khalayak terhadap diri adalah kearah positif yang merupakan kepentingan dalam menceburi bidang perniagaan.

“Selain itu, jika kita kelihatan kemas dan bergaya ini akan menambahkan keselesaan dan keyakinan terhadap diri sendiri dan memudahkan kita untuk dengan pihak lain,” ujarnya lagi ketika ditemui dipejabat beliau.