DDR...antara produk yang mempunyai kandungan vitamin C

JITRA, 7 Februari – Produk keluaran dR Rozmey Group (dRG) dihasilkan dengan pelbagai ramuan terpilih seperti vitamin C yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan.

Antara produk yang mengandungi Vitamin C seperti produk dR Silky yang membentuk tubuh badan, dR 8 yang membantu merawat mata, dR 101 membantu daya ketahanan otak dan produk Gain 5 membantu menambahkan beraat badan.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal dan untuk gusi yang sihat.

“Ianya berfungsi menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protein sistem imuniti yang penting dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin serta phenylalanine,” katanya.

Beliau berkata lagi, kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma dan mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran.

“Sehubungan itu, vitamin C juga adalah sebagai keperluan dalam pembentukan kolagen serta mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam.

“Ianya boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mempercepatkan penyembuhan luka serta terbakar.

“Manakala fungsi lain pula vitamin C dilihat mampu mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti,” tambah beliau ketika ditemui disini.