DDR...JM5 produk pelangsingan terbaik masa kini

JITRA, 7 Februari –  Produk pelangsingan badan iaitu Jus Mate 5 (JM5) keluaran dR Rozmey Group (dRG) kini seperti virus H1N1 yang semakin menular terhadap masyarakat di negara ini.

Keberkesanan produk JM5 ini 80 peratus terbukti kepada testimoni-testimoni yang menggunakannya memberikan impak yang besar dan sekaligus menjadi pengedar yang berjaya selain memiliki tubuh yang kelihatan menarik dan cantik.

Menurut Presidennya Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kebanyakan pengedar-pengedar produk JM5 yang telah berjaya  menggunakan konsep ‘guna dulu baru jual’ untuk meraih pendapatan lima angka.

“Jadi berkonsepkan dengan menggunakan kaedah ini pengedar akan berjaya mendapatkan kepercayaan dari pengguna-pengguna baru untuk membeli JM5 sekaligus mengaut keuntungan yang lumayan secara sambilan,” katanya.

Beliau berkata lagi, pengedar juga tidak perlu bersusah payah untuk menerangkan tentang keberkesanan produk JM5 ini tetapi hanya perlu membawa diri mereka sahaja untuk dijadikan contoh kepada pengguna baru yang ingin menangani masalah obesiti ataupun kegemukan.

“Produk yang dikatakan sebagai satu formulasi ajaib ini semakin meningkat popularitinya disebabkan oleh hasilnya yang dianggap berbaloi tanpa penggunaan kos yang tinggi.

“Selain itu, ianya juga meyakinkan serta member nafas baru kepada pengguna untuk tampil dan berhadapan dengan masyarakat sekeliling,” tambahnya lagi.