DDR.....pengedar mampu memiliki kereta idaman menerusi pelan bisnes yang beliau lancarkan

JITRA, 6 Februari – “Ramai pengedar kini mampu memiliki kereta idaman selepas menjalankan bisnes bersama doktor,” kata Presiden dR Group (dRG) iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut beliau, pengedar yang setia menjalankan bisnes bersama-sama beliau kini sedang menikmati kejayaan dengan hasil penjualan produk keluaran dR Group (dRG).

“Hal ini adalah kerana formulasi dR Rozmey terhadap produk-produk keluaran dRG memberikan keajaiban kepada pengguna terutamanya produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang kini popular dikalangan golongan obesiti,” katanya.

Beliau berkata lagi, tambahan pula permintaan terhadap produk kini begitu tinggi kerana kepercayaan pengguna terhadap produk semakin meningkat menerusi testimoni yang diuar-uarkan kepada umum.

“Jelaslah terbukti bahawa produk yang dihasilkan doktor memberikan kesan positif tanpa mengundang sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.

“Jadi, inilah fenomena yang doktor cetuskan untuk kepentingan bersama bukan untuk merungkai masalah kesihatan sekaligus mengubah nasib seseorang untuk meraih kejayaan menerusi bisnes yang doktor perkenalkan,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.