DDR...menjadi rutin harian beliau sebelum menjejak kaki keluar

JITRA, 6 Februari – “Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa tiada tandingannya,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditanya mengenai masalah golongan remaja yang kian pupus perasaan hormat terhadap ibubapa mereka.

Walaupun beliau tidak berada di dalam dunia remaja masa kini yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial beliau tetap menghormati ibu dan bapanya.

Menurut DDR, beliau amat terharu dengan sikap anak-anak masa kini yang mengendahkan dan mengabaikan kebajikan terhadap kedua ibu bapa mereka.

“Doktor menasihatkan agar remaja kini sedar dengan tindakan mereka yang boleh dianggapkan sebagai anak derhaka,” katanya.

Beliau berkata lagi, kandungan sembilan bulan bertarung nyawa demi melahirkan kita adalah satu pengorbanan yang besar dan tidak dapat dibalas dengan apa cara sekalipun.

“Berkali-kali dalam hadis dan Al- Qur’an menerangkan kepada kita sebagai seorang manusia beragama Islam supaya bebuat baik terhadap kedua ibubapa kerana tiada manusia yang sebaik-baik mereka.

“Kenyataan syurga dibawah telapak kaki ibu itu sudah cukup memadai untuk kita berfikir sejenak bahawa tingginya martabat seorang ibu itu disisi Allah S.W.T.

“Sekiranya dikumpulkan keseluruhan harta pencarian yang terletak diseluruh dunia ini tidak akan sesekali terbalas jasa yang sudah dilakukan oleh kedua ibubapa kita,” katanya ketika ditemui hari ini.