Mesir kini kacau bilau

KEGELISAHAN dan kerisauan pelajar Malaysia yang menetap dibumi Mesir jelas terpampang apabila pengkhabaran mengenai Mesir kini menjadi kacau bilau.

Suasana riuh rendah disulami tembakan pistol bukan sahaja merisaukan pelajar Malaysia yang menetap disana bahkan penduduk di bumi Anbiya itu sendiri.

Keadaan yang mencemaskan kesemua penduduk itu menjadi persoalan mengenai punca berlakunya keadaan yang huru-hara itu.

Hal ini mengakibatkan mereka yang tinggal di bumi Anbiya itu terputus hubungan kerana bekalan elektrik terpaksa diberhentikan buat seketika waktu.

Jadi, ini menimbulkan kerisauan terhadap keluarga mereka yang berada di tanahair dan berharap agar kesemua pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran mereka di sana dibawa pulang dengan selamat.

Menyedari bahawa keadaan di sana tidak terkawal dengan segera kerajaan Malaysia menyediakan pengangkutan untuk membawa pulang pelajar yang berada di sana.

Dalam misi menyelamat anggota tentera yang ditugaskan untuk membawa pulang kesemua pelajar itu segera bersiap sedia untuk diterbangkan.

Dinasihatkan kepada keluarga yang menantikan kepulangan saudara mereka supaya bersabar dan tenang serta sentiasalah berdoa demi keselamatan mereka.

Selain itu, diharapkan agar seluruh warga Malaysia mendoakan supaya misi menyelamatkan saudara-saudara kita yang berada disana berjaya tanpa sebarang masalah.