antara produk-produk label dR Rozmey yang bakal dipasarkan Mac ini

JITRA, 2 Februari – “Label dR Rozmey kini mendapat perhatian umum sepenuhnya dari golongan bangsa 1 Malaysia akibat daripada pencetusan fenomena yang dilakukan oleh doktor,” ujar Datuk Dr Che Rozmey ketika ditemui semalam.

Pencetusan fenomena menerusi label dR Rozmey terhadap perniagaan yang dijalankan semakin meningkat popularitinya di kalangan korporat di Malaysia.

Menurut DDR, beliau menjalankan bisnes berdasarkan acuan dan strategi tersendiri yang merupakan anugerah Allah S.W.T untuk beliau dalam menciptakan kejayaan demi kepentingan bersama.

“Tidak pernah sesekali doktor menyalahgunakan anugerah yang dikurniakan kepada doktor menghasilkan sesuatu yang menyalahi suruhan-Nya,” katanya.

Beliau berkata lagi, label dR Rozmey yang kini mula menapak di Malaysia merupakan label yang dilihat mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.

“Untuk menjadikan label dR Rozmey setaraf label yang termuka di seluruh dunia doktor akan menggandakan usaha untuk mencapai kejayaan yang dingini.

“Jadi, sebagai permulaan doktor melancarkan untuk memperluaskan label dR Rozmey dengan mencipta pelbagai fenomena dalam dunia perniagaan yang sedia ada dan yang bakal dilancarkan.

“Insyallah semoga Allah S.W.T memberkati segala usaha yang doktor lancarkan demi melakar kejayaan di dalam kancah perniagaan yang menjadi tuntutan Islam,” katanya ketika menguruskan produk dR Premier dan Slimming Suit yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.