DDR...formulasi produk dRII membantu pengguna yang mengalami masalah kulit

JITRA, 1 Februari – “Doktor bukannya bersifat angkuh dan sombong di dalam memperjuangkan bisnes yang doktor ceburi tetapi ini adalah cara doktor sendiri,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Datuk Dr Che Rozmey dikatakan bertindak seperti orang yang angkuh dan sombong dalam mencipta kejayaan yang dilihat memberikan kepentingan bersama-sama di dalam kehidupan.

Menurutnya beliau bukannya individu yang mempunyai sifat sedemikian dan menegaskan bahawa beliau adalah seseorang yang sederhana dan penuh tanggungjawab.

“Jika doktor melihat sesuatu yang indah serta sedap mata memandang sudah semestinya doktor menceritakan keindahan dan kecantikan yang tidak puas dilihat hanya sekilas pandang,” katanya.

Beliau berkata lagi, faktor individu lain yang melabelkan diri beliau seorang yang angkuh dan sombong berkemungkinan dari sikap iri hati terhadap kejayaan beliau mengenai produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang kini popular di kalangan golongan obesiti.

“Oleh itu, mereka akan melabelkan doktor sebagai seorang yang angkuh dan sombong kerana mereka belum menghayati sesuatu keindahan itu.

“Jadi, perkara yang paling penting untuk menghayati keindahan yang digambarkan itu adalah kita harus berusaha, jujur dan fokus dengan cara tersendiri,” tambahnya lagi.