Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali

SESUNGUHNYA daripada Allah kita dating kepada Allah kita kembali kerana Allah S.W.T adalah penentu segala-galanya dimuka bumi ciptaan-Nya ini.

Diutuskan kita manusia sebagai makhluk dimuka bumi ini menerima segala takdir dan ketentuan-Nya dengan seikhlas hati serta redha dengan segala keadaan yang berlaku.

Inilah peristiwa menyayat hati yang berlaku terhadap seorang warga emas yang lemas apabila kereta ditolak arus deras ketika melintasi kawasan banjir di Labis kelmarin.

Mangsa Rohani Ismail, 51, dikatakan tidak mengendahkan nasihat orang kampung yang berada di kawasan itu sebelum ditemui mati di dalam kenderaan miliknya sendiri iaitu Proton Iswara.

Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka Felda Keratong 5, Pahang melalui jalan berkenaan selepas menghadiri satu majlis perkahwinanDi Semerah dekat Batu Pahat, Johor.

Antara yang terselamat ialah suami mangsa Abdul Latif Isnin, 53, cucunya Nurkiasatina, 9, sepupunya Abdul Aziz Awang Sulong, 63, dan Norsiah Untung, 53, yang telah diselamatkan oleh pasukan bomba dan Penyelamat Labis berakhir kira-kira jam 9 malam.

Inilah yang dinamakan sebagia dugaan dan ujian dari Allah S.W.T untuk menguji tahap kesabaran hamba-Nya mengenai kehidupan yang sudah menjadi aturan menuruti kehendak-Nya.

Jadi, setiap peristiwa yang berlaku berkemungkinan mempunyai hikmah disebaliknya kita yang dilantik sebagai khalifah dimuka bumi ini seharusnya tabah menempuh segalanya dengan hati yang tenang.

Oleh itu, kepada keluarga Rohani Ismail diharap bersabar dan menerima dengan hati yang terbuka serta bersama-samalah kita berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang yang solehah dan dicucuri rahmat juga hendaknya.