Al-Qur'an menjadi panduan umat Islam

AMAR Maaruf Nahi Mungkar adalah satu perkara yang menjadi ajaran agama Islam berpandukan Al-qur’an dan As-Sunnah.

Agama Islam melarang umatnya melakukan perbuatan keji dan melakukan perbuatan yang dihalalkan demi memperkukuhkan iman sebagai seseorang yang digelar umat Islam.

Keteguhan iman merupakan satu benteng pertahanan yang mampu menepis segala dugaan dan halangan besar yang sentiasa direncanakan oleh syaitan.

Apabila benteng pertahanan lemah segala hasutan dan pujuk rayu musuh anak Adam itu bakal mengundang kecelakaan yang menyesatkan umat Islam.

Peristiwa yang didedahkan oleh akhbar Metro hari ini menjadi satu bukti tentang kelemahan iman seorang lelaki yang tergolong dalam perkara yang dilarang Islam.

Perbuatan terkutuk itu berlaku di Alor Gajah, Melaka ketika isterinya terbangun dari tidur kerana terdengar si suami seperti sedang berzikir.

Menyedari keadaan yang merunsingkan fikiran si isteri mula merasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku dan apabila diintai ke dalam bilik kosong dirumah mereka dia kemudiannya agak terkejut dengan tindakan suaminya melakukan pemujaan.

Si suami yang sedang leka seolah-olah berzikir menghadap sebilah keris yang berada dihadapan membaca sesuatu mantera yang tidak difahami oleh isterinya.

Risau dengan keadaan itu, si isteri kemudiannya berjumpa dengan seorang ustaz serta membawa barangan bersama untuk bertanyakan mengenai perbuatan suaminya itu dan apabila di selidik sudah ternyata bahawa suaminya itu terjebak dengan amalan syirik.

Inilah yang berlaku sekiranya benteng keimanan tidak diperkukuhkan dan diperkemaskan dengan sebaiknya di dalam diri demi mengelakkan perbuatan larangan Islam.

Mudah-mudahan Allah S.W.T membuka pintu hatinya demi menginsafi segala perlakuan songsangnya itu serta mentaati suruhan dan memohon keampunan semoga dapat kembali ke pangkal jalan.