DDR...tenang hadapi dugaan

JITRA, 27 Januari – “Sudah menjadi lumrah bagi seseorang ahli perniagaan terdedah kepada kritikan dan cemuhan terhadap sesuatu perkara yang dihasilkan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui pagi tadi.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu jika perkara sebegini berlaku ianya harus difikirkan kearah positif dan menganggap bahawa  satu dorongan ataupun semangat.

“Sebelum ini, dalam melakukan pelbagai perkara yang luar biasa doktor sendiri telah mendapat cemuhan dan kritikan.

“Bukan itu sahaja malahan ada yang sanggup mencari kesalahan untuk menjatuhkan doktor tetapi doktor berusaha untuk mendapatkan kepercayaan dari masyarakat dengan apa yang dilakukan adalah untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata lagi, beliau kini berjaya menepis segala cemuhan dan kritikan itu dan membuatkan masyarakat kini sedar tentang perkara yang diperjuangkan adalah untuk kepentingan bersama bukannya mendorong kearah keburukan malah meberi pengajaran yang berganda.

“Selain itu, untuk memastikan kejayaan yang diidamkan dikecapi kelak kita seharusnya menanamkan sifat kesabaran yang dianggap sebagai faktor utama terhadap seseorang yang bergelar Islam,” ujarnya lagi ketika ditemubual.