DDR....buka peluang perniagaan baru

JITRA, 27 Januari – “Doktor sedang usahakan untuk mencari tapak bagi pembinaan sebuah hospital demi memperluaskan empayar dR Rozmey Group,” ujar Datuk dr Che Rozmey ketika ditemui.

Penubuhan hospital ini adalah untuk membuka peluang perniagaan sekaligus memantapkan syarikat yang telah dibangunkan sejak empat tahun lalu.

Menurut Presidennya itu beliau kini sibuk mengintai tanah yang berukuran lapan ekar itu untuk dijadikan sebagai tapak pembinaan dR World Hospital.

“Tapak yang bertempat di Bangi, Selangor itu dilihat bersesuaian dengan perancangan yang telah dilakukan oleh doktor dan ianya juga dilihat begitu strategik,” katanya.

Beliau berkata lagi, penubuhan hospital ini bukanlah hanya untuk kepentingan beliau semata-mata tetapi memberikan kepentingan bersama untuk masyarakat.

“Doktor mensasarkan bahawa tahun 2011 ini adalah tahun untuk doktor menghasilkan pelbagai kejayaan di dalam dunia perniagaan.

“Jadi, bukan ini sahaja malahan doktor juga mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terbaru untuk membantu masyarakat kini iaitu dR Slimming Suit serta dR Premier yang akan dipasarkan Mac ini.

“Selain itu, demi memudahkan usahawan untuk memperkenalkan produk keluaran dRG terhadap pengguna baru perniagaan secara online sudah disediakan dengan menggunakan carian sendiri iaitu dR Places oelh pihak Unit ICT,” ujarnya ketika ditemuramah.

Advertisements