DDR...Gain-5 membantu penambahan berat badan

JITRA, 26 Januari – Ramai anak muda hari ini inginkan kerjaya yang menjamin masa depan mereka namun permasalahan kurang berat badan menjadi punca mereka tidak dapat meneruskan perjalanan untuk mencari pekerjaan yang diminati seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kerjaya didalam Angkatan Tentera Malaysia amat menitikberatkan mengenai berat badan yang ideal kerana ianya menjadi faktor penting di dalam pekerjaan tersebut.

“Ianya menjadi keutamaan dalam memenuhi syarat-syarat untuk melepasi ujian fizikal demi melayakkan diri untuk ke peringkat seterusnya.

“Jadi doktor mengesyorkan kepada mereka yang ingin merealisasikan impian mereka untuk berkhidmat didalam ATM menggunakan Gain-5 iaitu produk kesihatan untuk menambahkan berat badan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, Gain-5 merupakan produk keluaran dRG yang mempunyai ramuan terpilih demi membantu pengguna untuk tumbesaran otot-otot badan.

“Kandungan pelbagai protein dan vitamin di dalam Gain-5 mampu membantu pembesaran sel-sel badan selain memberikan tenaga dan meningkatkan selera makan.

“Formulasi yang serba lengkap dan menyeluruh ini adalah yang terbaik di Malaysia yang ternyata mampu memberikan kesan yang memberangsangkan mengikut kehendak pengguna.

“Jelaslah ianya terbukti menerusi testimoni-testimoni dRG yang dahulunya menggunakan produk Gain-5 ini tanpa menghadapi sebarang masalah mahupun ancaman yang berbahaya dan pastikan produk yang digunakan benar-benar asli,” tegasnya lagi