DDR...produk terbaru yang bakal dipasarkan

JITRA, 26 Januari – Hadis nabi telah bersabda 90 peratus punca rezeki dan hasil kekayaan adalah daripada perniagaan samada perniagaan secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.

Petikan hadis ini menjadi pegangan Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), 41, yang kini sudahpun mengecapi kejayaan yang diperoleh menerusi perniagaan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) hasil formulasi beliau.

Menurut DDR, beliau dulunya hanya seorang doktor kini bergelar Datuk kerana menghasilkan pelbagai kejayaan yang memberikan kepentingan bersama dalam dunia perniagaan.

“Walaupun kritikan dan tomahan hebat sudah dilemparkan doktor tetap ingin meneruskan perjuangan untuk dan melebarkan sayap empayar perniagaan mengikut perancangan dan akan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan fenomena yang melibatkan perniagaan seterusnya memastikan ianya berjaya,” katanya.

Beliau berkata lagi, seluruh rakyat Malaysia hari ini sudahpun bersama-sama doktor dalam fenomena tsunami dR Rozmey  berskala kecil mengenai produk kesihatan dan kecantikan keluaran dR Group (dRG).

“Selain itu, menyedari bahawa ianya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dRG kini sedang bergiat aktif untuk memperluaskan empayar perniagaan mengenai produk kesihatan yang terbaru iaitu Slimming Suit, dR Premier, dR Rozmey Skin Care serta bidang perhotelan dan perindustrian makanan.

“Bukan itu sahaja doktor juga kini merancang pelbagai lagi perniagaan yang mendatangkan kejayaan yang melipat ganda daripada sebelumnya,” katanya ketika ditemui pagi tadi.