DDR....bersama staf dan produk keluaran beliau

JITRA, 26 Januari– Syarikat dR Group (dRG) yang dulunya Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) sudah beroperasi selama empat tahun bermula 2006 hingga kini 2010 dilihat semakin meningkat popularitinya di seluruh Malaysia.

Syarikat yang menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan itu kini mempunyai ramai bilangan tenaga pekerjanya iaitu seramai 300 pekerja yang ditugaskan di pelbagai bahagian bagi menggerakkan HPM.

Menurut Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR)  beliau berpuas hati dan bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh pekerjanya yang menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

“Kesemua pekerja dR Group (dRG) mempunyai sikap bertanggungjawab dan menjalankan tugasan yang diberikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat dengan penuh disiplin,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, faktor kerjasama dan perkongsian idea serta pendapat amat  diperlukan di dalam sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu kerja yang baik.

“Setiap warga dRG telah disuntik mengenai semangat kerja yang berlandaskan nilai murni yang tinggi berteraskan konsep kejujuran dan kesetiaan di dalam diri mereka.

“Jadi, doktor bersyukur kerana memiliki tenaga kerja yang berpotensi dan berharap agar tenaga kerjanya mengekalkan faktor-faktor tersebut untuk mengukuhkan lagi dR Group (dRG),” ujarnya lagi ketika ditemui di pejabat beliau.