DDR...populariti beliau meningkat

JITRA, 25 Januari – Sebut sahaja dR Rozmey sudah pastinya ramai yang mengenali beliau menerusi fenomena hasil usahanya sendiri yang kini diklasifikasikan sebagai seorang usahawan berjaya iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Beliau kini popular dengan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang menjadi perbualan seluruh rakyat Malaysia terutamanya terhadap produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5).

Menurut Presiden dR Group itu, ucapan ribuan terima kasih ditujukan khas terhadap rakyat yang menyokong beliau di dalam mencetuskan pelbagai fenomena dR Rozmey demi untuk kepentingan bersama.

“Doktor bukanlah mencetuskan fenomena untuk menerima gelaran selebriti tetapi sebaliknya untuk memperkenalkan mengenai sesuatu yang dihasilkan untuk membantu masyarakat.

“Tambahan pula kehadiran filem 2 Alam dalam industri filem negara yang mencetuskan pelbagai kontroversi berkemungkinan doktor menerima gelaran ini,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, beliau akan menghasilkan pelbagai lagi fenomena untuk rakyat 1 Malaysia dalam usaha memperoleh kepentingan bersama serta memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat.

“Namun sebaliknya doktor bukan mencari populariti tetapi ingin berkongsi penyelesaian yang dihasilkan untuk kepentingan bersama demi mewujudkan satu masyarakat yang majmuk,” katanya ketika ditemuramah dipejabat beliau hari ini.