DDR......tekad cipta sejarah

JITRA, 24 Januari – “Tahun ini merupakan tahun lakaran kejayaan untuk memperluaskan empayar dR Rozmey tersergam indah standing label antarabangsa,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Oleh itu, syarikat naungan beliau iaitu Herba prima Marketing Sdn Bhd (HPM) kini ditukarkan kepada dR Group (dRG) demi mempertingkatkan kualiti dan mutu bisnes yang beliau lancarkan.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu penukaran nama syarikat naungan beliau adalah bertujuan sebagai imej baru dalam usaha mencipta pelbagai kejayaan besar.

“Imej baru menerusi dRG kini sudah diterima masyarakat yang mula menyokong perubahan strategi bisnes yang doktor cipta selama ini,” katanya.

Beliau berkata lagi, tahun 2011 merupakan tahun untuk mencipta kejayaan untuk kepentingan bersama sekaligus mensasarkan gelaran billionaire yang beliau inginkan.

“Perubahan imej baru yang doktor uar-uarkan juga adalah disebabkan fenomena yang telah doktor cetuskan sebelum ini membuatkan label dR Rozmey menjadi kegilaan masyarakat yang bergiat dalam perniagaan.

“Insyallah doktor senantiasa akan berusaha untuk mencari kejayaan demi kepentingan rakyat Malaysia dan berharap agar segala yang doktor usahakan ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Pemberi,” katanya lagi ketika ditemuramah.