Produk Skin Care bakal menemui pasaran tahun ini

JITRA, 21 Januari – Produk penjagaan kulit atau Skin Care dR Rozmey telah dihasilkan demi membantu golongan wanita untuk menghindarkan kulit muka kusam, kering dan berminyak.

Produk ini juga adalah produk terbaru formulasi Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang dianggap sebagai pelengkap bagi rawatan kecantikan pada wajah khususnya.

DDR berkata, ramuan yang terkandung di dalam Skin Care dR Rozmey adalah berasaskan herba, estrak bungaan dan pati tumbuhan terpilih tanpa kimia berbahaya mampu memberikan impak kecantikan dalam tempoh cepat.

“Bahan-bahan yang terkandung di dalam produk ini memberi kelebihan dan kebaikan jangkamasa panjang kepada kulit muka pengguna kerana ia menyokong mengaktifkan enzim dan anti oksidan,” katanya.

Katanya lagi, produk Skin Care dR Rozmey ini juga mengandungi multivitamin seperti A, C, D, E dan B complex yang diperlukan oleh kulit untuk kelihatan segar, tegang, cerah, dan berseri.

“Produk sebegini juga untuk mendapatkan serta memberikan impian yang diidamkan oleh golongan wanita masa kini menjadi kenyataan.

“Jadi, untuk tampil kelihatan lebih cantik, anggun dan jelita serta mempunyai keyakinan yang tinggi Skin Care dR Rozmey adalah jawapannya tetapi yang pastinya dapatkan yang asli,” katanya ketika ditemuramah di pejabatnya.