DDR....beri jaminan terhadap produk formulasi beliau

JITRA, 21 Januari – Formulasi sentuhan Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) seringkali dikaitkan dengan keajaiban produk yang dihasilkan.

Ini jelas terbukti terhadap produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang dihasilkan untuk membantu golongan obesiti begitu juga produk terbaru yang dihasilkan iaitu Skin Care dR Rozmey yang juga dikatakan mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri kepada pengguna.

Menurut DDR produk yang dihasilkan adalah berdasarkan keprihatinan beliau terhadap masyarakat dalam merealisasikan impian mereka mengikut kehendak mereka.

“Jadi, produk terbaru yang dihasilkan oleh doktor ini bukan sahaja untuk mencantikkan seseorang individu itu malahan ianya juga mampu merawat penyakit biasa kulit termasuk alahan, kulit berminyak dan kering tanpa memberikan kesan sampingan,” katanya.

Katanya lagi, pengguna tidak perlu takut mengenai kerosakan kulit yang menipis akibat terdedah kepada cahaya matahari dengan pengamalan Skin Care dR Rozmey kerana ianya mengandungi pelbagai vitamin yang berfungsi untuk melindungi kulit.

“Inilah ganjaran yang terbaik dari Skin Care dR Rozmey memberikan kecantikan yang diimpikan berbanding produk kecantikan lain yang hanya memberikan impak positif dalam jangkamasa yang pendek.

“Selain itu, produk Skin Care dR Rozmey juga tidak memberikan kesan sampingan yang memudaratkan tubuh badan,” katanya yang bakal memasarkan produk itu awal tahun ini.