DDR.....hasilkan formulasi menuruti kehendak pengguna

JITRA, 21 Januari – “Pakar Kecantikan.” Inilah gelaran yang diterima oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) oleh golongan wanita yang teruja dengan formulasi beliau.

Menurut DDR, walaupun ketika ini sibuk menepis kritikan dan cemuhan mengenai fenomena 2 Alam beliau tetap ingin memperluaskan lagi empayar perniagaanya dalam aksesori kecantikan iaitu Skin Care dR Rozmey.

“Skin Care dR ROzmey adalah formulasi hebat dari  pelbagai herba dan vitamin yang membantu wanita memiliki kecantikan di dalam jangkamasa panjang.

“Formulasi sebegini dihasilkan kerana  keprihatin terhadap golongan wanita yang mempunyai keinginan untuk kelihatan lebih cantik dan jelita kerana berkemungkinan dengan penampilan diri yang kelihatan cantik ianya dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap mereka dan juga dianggap kepuasan bagi mereka,” katanya.

Katanya lagi, kecantikan merupakan faktor utama yang dititikberatkan oleh golongan wanita yang berada di era globalisasi ini demi meningkatkan keyakinan serta tampilkan diri dengan keadaan yang selesa ketika berhadapan dengan khalayak umum.

“Jadi, menyedari bahawa golongan wanita yang begitu mempunyai keinginan tinggi untuk memiliki kecantikkan doktor menjalankan penyelidikan demi membantu mereka untuk tampil dengan susuk tubuh serta raut wajah yang menawan.

“Selain itu, tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan kepada pengguna yang menggunakannya,” katanya ketika ditemui sambil menerangkan mengenai produk baru yang bakal dikeluarkan iaitu produk Skin Care dR ROzmey.