Sayur-sayuran membantu meningkatkan kesihatan

JITRA, 19 Januari – Kesihatan tubuh badan amatlah penting bagi masyarakat untuk mencegah ataupun manjauhi dari pelbagai gejala penyakit yang mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat sehingga meragut nyawa.

Namun kini masyarakat di negara ini tidak lagi mempedulikan tentang kesihatan tubuh badan mereka disebabkan keadaan sekeliling yang mendorong mereka untuk mengejar kemewahan tanpa menghiraukan masalah kesihatan yang dihadapi kelak.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) Pakar Perbidanan dan Sakit Puan pelbagai penyakit dapat dielakkan serta mempertingkatkan tahap kesihatan badan sekiranya masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup sihat.

“Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian dalam usaha untuk mencegah dan menjauhi diri masyarakat kini dari pelbagai penyakit kronik yang semakin hari semakin menular di dalam negara ini.

“Bukan itu sahaja malah cara pemakanan yang sihat juga merupakan faktor yang penting dan amat digalakkan untuk pencegahan terhadap masyarakat dari menghidap pelbagai penyakit kronik  yang semakin menular sehingga ke hari ini,” katanya lagi.