Puan Rafidah Radzi selaku Pengurus Besar HPM

JITRA, 18 Januari – “Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang menjadi kebanggaan rakyat di utara tanah air kini mempunyai staf yang berkualiti berbanding organisasi lain,” kata Puan Rafidah Radzi ketika ditemui awal pagi tadi.

Menurut beliau, walaupun memiliki bilangan pekerja yang ramai pihak HPM mampu melahirkan serta mendidik setiap tenaga pekerjanya dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Inilah adalah daripada usaha Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang seringkali menerapkan di dalam diri setiap warga HPM mengenai nilai-nilai murni demi melahirkan sebagai seorang yang berdisiplin,” katanya.

Puan Rafidah berkata lagi, mereka juga telah diberi suntikan didikan mengenai sikap hormat menghormati antara satu sama lain yang sudah lama menjadi budaya di HPM.

“Selain itu, inilah fenomena yang DDR uar-uarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa segala usaha yang beliau lakukan adalah untuk kepentingan bersama.

“Jadi dengan melahirkan tenaga pekerja yang penuh berdisiplin dan bertanggungjawab sedikit sebanyak mereka dapat membantu meningkatkan prestasi dan juga memajukan HPM untuk melangkah kehadapan dalam mencipta kejayaan untuk dikongsikan bersama,” katanya ketika ditemuramah dipejabat  beliau.