DDR bersama pihak pengurusan RHB Bank Jitra ketika lawatan ke HPM

JITRA, 18 Januari – “Inilah bukti mengenai fenomena yang doktor lancarkan menjadi keterujaan masyarakat,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui dipejabat beliau hari ini.

Hal ini adalah kerana beliau menerima kunjungan daripada RHB Bank cawangan Jitra yang ingin menyaksikan sendiri Unit Media, ICT dan Pemasaran yang ditubuhkan untuk memastikan label dR Rozmey mendapat perhatian umum serta antarabangsa.

Menurut DDR, kunjungan pihak pengurusan RHB Bank Jitra juga adalah bertujuan untuk melihat rahsia di sebalik kejayaan yang doktor telah kecapi.

“Sikap ingin tahu yang membuak-buak membuatkan keterujaan mereka untuk melihat sendiri apa yang sedang doktor perjuangkan demi memperluaskan empayar perniagaan yang doktor cipta,” katanya.

Beliau berkata lagi, penubuhan Unit Media, ICT dan Pemasaran bakal memberikan impak yang memberangsangkan dalam usaha melakar kejayaan yang berlipat ganda demi kepentingan bersama.

“Ternyata segalanya jelas terbukti apabila melihat reaksi wajah pihak pengurusan RHB Bank Jitra yang terkejut dengan cara kerja di Bahagian Unit Media, ICT dan Pemasaran yang doktor tubuhkan sejak beberapa tahun lalu.

“Setelah menyaksikan sendiri usaha yang doktor lakukan mereka kini lantas bangun dan ingin bersama-sama doktor untuk menghasilkan lebih banyak kejayaan.

“Selain itu, pujian dan sokongan padu terhadap Unit Media, ICT dan Pemasaran telah diberikan oleh mereka dan jelaslah menunjukkan bahawa mereka berminat dengan cara bisnes online yang doctor cipta,” ujarnya lagi ketika ditemuramah.