TEKUN.....staf di Unit Media dan ICT diberi tanggungjawab besar

JITRA, 17 Januari – Herba Prima Marketing Sdn bhd (HPM) ditubuhkan pada Jun 2006 yang terkenal dengan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan golongan obesiti di negara ini.

Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) kini dilihat semakin hari semakin maju dalam menghasilkan pelbagai produk yang memberikan keajaiban terhadap penggunanya.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) hal ini berlaku disebabkan oleh Jabatan Media, Teknologi Komunikasi Massa dan Maklumat (ICT) dan Pemasaran menjadi tunjang utama menjulang kejayaan HPM.

“Dengan adanya Jabatan Media ini membolehkan segala maklumat yang berkaitan dengan HPM iaitu bisnes, kesihatan, testimoni, kejayaan pengedar dan kejayaan saya sendiri dapat dikongsikan bersama masyarakat di luar,” katanya.

Beliau berkata lagi, semua maklumat ini dipaparkan menerusi laman web utama HPM yang dikendalikan petugas yang komited dan bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka.

“Ini merupakan kebanggaan bagi HPM dalam memperkasakan dan memperkukuhkan lagi tiang HPM untuk tampil lebih maju pada masa akan datang.

“Selain itu, dengan adanya bisnes menerusi kelebihan ICT yang doktor cipta ini membolehkan label dR Rozmey akan tersebar diseluruh tanahair dan antarabangsa,” tambahnya ketika ditemuramah dipejabat beliau.