DDR.....antara produk terbaru yang bakal dilancarkan

JITRA, 14 Januari – “Faktor utama kemenangan sesuatu peperangan adalah menerusi kreativiti strategi yang dilancarkan,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang kini mengecapi kejayaan menerusi acuannya tersendiri.

Idea minda positif yang merupakan pencetus pemikiran kreatif menerusi fenomena yang telah dihasilkan kini dilihat membuahkan hasil yang cukup membrangsangkan.

Menurut pemilik dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kejayan yang dikecapi kini adalah berkat kegigihan dan usaha beliau sendiri berdasarkan pengalaman yang telah banyak mendewasakannya.

“Sifat kesabaran dan kejujuran yang dianugerahkan kepada doktor banyak membantu doktor dalam mencipta kejayaan demi kejayaan seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata lagi, bisnes adalah sesuatu perkara yang diminati olehnya sejak beliau masih bersekolah kerana dengan bisnes ianya mengajar manusia mengenal erti kesusahan.

“Hari ini doktor amat berbangga kerana keinginan untuk mengecapi kejayaan di dalam  dunia perniagaan sudahpun doktor takluki dan doktor juga menyayangi bisnes yang doktor bina selama ini.

“Jadi, demi memperkukuhkan keutuhan bisnes yang doktor ciptakan menerusi label dR Rozmey, doktor bakal melancarkan pelbagai lagi strategi untuk melebarkan sayap perniagaan doktor,” katanya yang kini sedang sibuk meningkatkan populariti label dR Rozmey untuk menjadi suatu nama yang tersohor di mata dunia.