DDR......tidak lupa terhadap sang Pencipta

JITRA, 14 Januari – Perbualan hangat masyarakat masa kini sudah semestinya mengenai dR Rozmey yang dilihat menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan namun segala-galanya kini dapat diselesaikan oleh pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu sendiri iaitu Datuk Dr Che Rozmey (DDR).

Hal ini kerana dengan berbekalkan sifat mementingkan agama mengenai keteguhan iman, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berjaya melalui segala halangan dan rintangan dalam menghasilkan sesuatu fenomena untuk mengecapi kejayaan demi kejayaan.

Menurutnya keimanan yang kukuh membuatkan diri beliau menambahkan  kekuatan untuk menghadapi  apa jua halangan yang menimpa serta ianya juga dapat menenangkan diri beliau.

“Kritikan dan cemuhan merupakan perkara biasa dan asam garam di dalam dunia perniagaan namun keteguhan iman di dalam diri doktor berjaya mengatasi semua masalah ini dengan mudah sekali kerana jika seseorang ingin melakukan sesuatu kebaikan Allah S.W.T akan bersama dengannya,”katanya.

Beliau berkata lagi, segala-galanya dapat dilihat ketika dalam pencetusan fenomena 2 Alam yang pada mulanya melemparkan segala cemuhan terhadap diri doktor.

“Namun bebekalkan iman di dada doktor tenang menghadapinya malah masyarakat yang dulunya memandang serong terhadap doktor kini sedar bahawa apa yang dilakukan doktor adalah untuk kepentingan bersama,” kata DDR.