DDR....produk dR Premier yang bakal dipasarkan awal tahun ini

JITRA, 13 Januari – “Faktor risiko, kritikan dan cemuhan sudah menjadi lumrah terhadap sesiapa yang menceburi dunia perniagaan,” kata Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) Presiden dR Rozmey Group (dRG).

Menurut DDR, seharusnya kita perlu memikirkan strategi yang mampu membimbing masyarakat untuk bersama-sama dengan apa yang ingin kita perjuangkan

“Dalam usaha mengelak segala masalah yang bakal dihadapi kita seharusnya perlu mengutamakan elemen-elemen penting di dalam mewujudkan bisnes yang ingin diceburi,” katanya.

Katanya lagi, salah satu daripada elemen itu adalah penekanan terhadap penjenamaan yang kini terbukti terhadap jenama dR Rozmey yang telah diyakini berkualiti, selamat dan murah serta menjadi kekaguman para pengguna dan ditambah pula dengan kejayaan menghasilkan pelbagai fenomena dR Rozmey.

“Selain itu, cara pemasaran juga merupakan elemen penting di dalam bisnes demi memudahkan serta memberikan keuntungan kepada pengguna yang juga perlu diwujudkan supaya dapat disampaikan secara terus kepada mereka.

“Sehubungan itu, kebolehan memberikan info secara terus kepada pengguna, kebaikan, kelebihan serta keberkesanan juga adalah aspek penting supaya membolehkan pengguna mendapatkan kepuasan secara dua hala dan interaktif,” katanya ketika ditemui awal pagi tadi.