Staf di Unit Media ICT memainkan peranan penting

JITRA, 12 Januari – Herba Prima Marketing Sdn bhd (HPM) ditubuhkan pada Jun 2006 yang terkenal dengan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan golongan obesiti di negara ini.

Kini fenomena dR Rozmey yang dicetuskan menjadi perbualan hangat rakyat 1 Malaysia disebabkan teknologi canggih masa kini digunakan untuk membantu menguar-uarkan keajaiban yang telah berlaku terhadap masyarakat.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) Jabatan Media, Teknologi Komunikasi Massa dan Maklumat (ICT) dan Pemasaran menjadi tunjang utama menjulang kejayaan HPM.

“Dengan adanya Jabatan Media ini membolehkan segala maklumat yang berkaitan dengan HPM iaitu bisnes, kesihatan, testimoni, kejayaan pengedar dan kejayaan saya sendiri dapat dikongsikan bersama masyarakat di luar,” katanya.

Katanya lagi, semua maklumat ini dipaparkan menerusi laman web utama HPM yang dikendalikan petugas yang komited dan bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka. Ini merupakan kebanggaan bagi HPM dalam memperkasakan dan memperkukuhkan lagi tiang HPM

“Jadi teknologi moden era globalisasi kini dilihat memberikan sesuatu kebaikan dan keistimewaan terhadap doktor dalam melakukan pelbagai perniagaan sekaligus mencipta kejayaan yang lebih besar lagi.

“Oleh itu, tumpuan sepenuhnya akan diberikan terhadap bisnes online yang doktor cipta demi memperluaskan empayar bisnes untuk standing dengan antarabangsa,” ujarnya ketika ditemui dipejabat beliau.

Advertisements