DDR.....bersama produk baru yang bakal dilancarkan tahun ini

JITRA, 10 Januari – “Inilah yang dikatakan fenomena label dR Rozmey untuk kepentingan bersama,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Beliau melancarkan satu ruangan khas rangkaian pengiklanan iaitu dR Places demi membantu usahawan-usahawan yang ingin memperluaskan empayar bisnes mereka.

Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu berkata, sepanjang perjalanan beliau dalam melakar kejayaan menerusi bisnes yang beliau hasilkan sendiri tidak pernah sesekali terlintas di kotak pemikiran doktor untuk memenuhi kepentingan diri.

“Keprihatinan sudah sememangnya menjadi keutamaan doktor dalam usaha untuk memperluaskan empayar bisnes yang doktor cipta dan seharusnya nilai sebegini rupa sepatutnya menjadi pendorong untuk usahawan lain mencipta kejayaan.

“Doktor menghasilkan platform online menerusi dR Places adalah bertujuan untuk membantu golongan usahawan mengiklankan bisnes acuan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata lagi, cara yang begitu mudah untuk melancarkan promosi bisnes yang mereka cipta segala maklumat mengenai pelan pengiklanan ini boleh di dapati menerusi laman web rasmi dRPlaces (www.dRPlaces.com).

“Doktor sangat mengalu-alukan kedatangan usahawan yang ingin berjaya sekaligus mengubah kehidupan mereka seperti doktor dan penubuhan dR Places ini dilihat dapat mempromosikan bisnes golongan usahawan dipersada antarabangsa.

“Jelaslah membuktikan bahawa usaha yang dilakukan doktor selama ini adalah untuk kepentingan bersama bukannya untuk diri sendiri,” ujarnya ketika melancarkan laman web rasmi dR Places semalam.