dR Places sediakan integrasi peta dunia semasa

JITRA, 10 Januari – Anda berminat untuk memperluaskan empayar bisnes yang anda cipta? Ingin menjadi ushawan yang berjaya? Jika persoalan sebegini timbul di pemikiran anda kami sedia membantu,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Beliau yang dulunya dikenali sebagai Pakar Perbidanan dan Sakit Puan kini bergelar pula Pakar IT kerana idea kreatifnya menubuhkan satu medium online iaitu dR Places yang menyediakan ruangan untuk pengiklanan.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu, media enjin carian (dRPlaces) yang sudahpun dilancarkan kini mula beroperasi secara rasminya.

“Sistem rangkaian pengiklanan online dR Places yang ditawarkan ini agak berbeza dengan sistem pengiklanan yang lain kerana ianya memiliki keunikan dan kelebihannya tersendiri.

“Sekiranya golongan usahawan yang berminat untuk mempromosikan barangan ataupun produk yang dijual kami (dR Places) amat mengalu-alukannya,” katanya.

Beliau berkata lagi, segala maklumat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran hebat dR Places anda boleh melayari www.dRPlaces.com yang beroperasi selama 24 jam secara online.

“Usah khuatir kerana tiada sebarang caj dikenakan dan ianya 100% percuma khas untuk semua golongna usahawan mempromosikan bisnes yang mereka cipta.

“Oleh itu, terbukti bahawa dR Places jelas memberikan kemudahan terhadap pengguna yang melangganinya dan segala kesulitan untuk mempromosikan bisnes mereka berjalan lancar,” ujar pemilik label dR Rozmey itu.