DDR...kesabaran faktor penting dalam melakar kejayaan

JITRA, 9 Januari  – “Sesiapa sahaja yang berusaha pasti akan memperoleh kejayaan yang dingini,” kata Ketua Pegawai Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut DDR, sebelum menikmati kejayaan yang bakal diperoleh sudah pasti ada kepahitannya kerana pelbagai cobaan dan dugaan harus ditempuhi.

“Bukannya mudah untuk mengubah minda seseorang untuk menarik minat mereka meceburi bidang perniagaan kerana ianya memerlukan banyak kesabaran dan perngorbanan.

“Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya, apa yang penting ialah kesabaran yang tinggi disamping memiliki kekuatan dari segi mental serta fizikal untuk terus bertahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya lagi, setiap kesilapan yang dilakukan adalah datang daripada diri sendiri dan bukannya perlu menyalahkan orang lain kerana sifat bertanggungjawab adalah asas untuk berjaya.

“Jadi, bebekal ilmu dan berkat kesabaran serta kesungguhan doktor, doktor berjaya menghasilkan kejayaan demi kejayaan dengan cara doktor sendiri dan menjadi ikon kepada masyarakat untuk meraka berjaya kelak seperti doktor,” katanya ketika ditemuramah.