DDR...kecapi kejayaan dengan usaha sendiri

JITRA, 4 Januari – Sudah menjadi lumrah dan asam garam bagi seseorang ahli perniagaan terdedah kepada kritikan dan cemuhan terhadap sesuatu perkara yang dihasilkan dari segi perbuatan mahupun perkataan yang dilontarkan.

Pelbagai cabaran dan dugaan di dalam kehidupan telah ditempuhi oleh ahli perniagaan dan penggiat seni iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) untuk mencapai kejayaan pada hari ini.

Menurut DDR, ramai yang tidak mengetahui bahawa kejayaan yang diperolehi oleh beliau tidak seindah yang disangkakan.

“Cemuhan dan kritikan yang boleh menimbulkan kemarahan menjadi santapan DDR setiap hari namun DDR tetap tabah dan tenang memperjuangkan kebenaran.

“Doktor berjaya menepis semua cemuhan tersebut dengan hati yang tenang dan cekal. Ketenangan yang diperolehi adalah dari Yang Maha Pencipta, yang mencipta ketenangan di jiwa  setiap hamba-Nya,” katanya ketika ditemui disini.

Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata lagi, dengan berbekalkan kecekalan hati dan doa yang sentiasa mengiringi langkahnya beliau bertekad meneruskan tanggungjawab yang diberikan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.