DDR....antara produk yang bakal dilancarkan awal tahun depan dR Premier

JITRA, 1 Januari – “Selamat Datang Tahun 2011,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui dipejabat beliau pagi ini.

Kedatangan tahun baru sudah semestinya disambut meriah oleh seluruh masyarakat bangsa 1 Malaysia di pelusuk tanahair.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu, menjadi kebiasaan terhadap masyarakat dalam menanamkan azam untuk memajukan diri sendiri agar selangkah ke hadapan daripada sebelumnya.

“Disamping itu, janganlah sesekali gelombang 2010 dilenyapkan terus dari lubuk hati walaupun semangat dan azam baru sudah menjadi pegangan tetapi jadikan gelombang 2010 sebagai pengajaran serta pengalaman untuk lebih maju di arena 2011,” katanya.

Beliau berkata lagi, seperti insan lain beliau juga mempunyai azam dan semangat baru untuk mencipta pelbagai kejayaan dengan hasil usahanya sendiri.

“Doktor berazam untuk menjadikan arena 2011 ini sebagai medan untuk memperluaskan empayar bisnes yang doktor cipta menerusi strategi doktor tersendiri.

“Selain itu, perjalanan tahun baru ini akan doktor manfaatkan sepenuhnya dengan peluang yang ada demi mecipta pelbagai kejayaan untuk kepentingan bersama,” ujarnya yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gelaran ‘bilionaire’ tahun 2013.

Advertisements