DDR....dR Premier awal tahun depan

JITRA, 30 Disember – “Siapa bersungguh-sungguh dia akan dapat! Inilah kenyataan yang menjadi pegangan pemilik label dR Rozmey iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dalam memperluaskan empayar perniagaannya.

Setiap sumber rezeki yang dianugerahkan kepada golongan manusia di muka bumi ini adalah merupakan ketentuan Illahi dan dituntut oleh ajaran Islam supaya berusaha mencari rezeki demi meneruskan hidup di dunia.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing namun menentukan samada ianya sederhana atau besar adalah daripada kesungguhan yang ditunjukkan.

“Hal ini menjadi pegangan doktor adalah kerana doktor yakin dan percaya dengan kekuasaan Illahi mengurniakan rezeki berdasarkan hasil usaha yang kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata lagi, inilah kunci kejayaan yang kini dinikmati oleh beliau dengan apa yang telah diusahakan dengan titik peluhnya sendiri.

“Berbekal semangat cintakan bisnes serta nilai kesabaran dan kejujuran perjuangan doktor kini dilihat selaras dengan tuntutan Islam dan berpegang teguh dengan berlandaskan syarak.

“Doktor berbangga dengan kejayaan yang diperolehi menerusi fenomena produk yang dihasilkan melalui formulasi doktor sendiri.

“Jadi, kejayaan yang dikecapi kini juga memberikan semangat terhadap doktor untuk memperluaskan label dR Rozmey supaya dipandang tinggi oleh masyarakat luar,” katanya yang kini sibuk dalam menguruskan produk dR Premier yang bakal dlancarkan awal tahun depan.