DDR...syabas Malaysia

JITRA, 30 Disember – “Malaysia hebat! Inilah ungkapan yang diluahkan oleh Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang obses dengan gaya mutu persembahan yang ditunjukkan oleh skuad kebangsaan ketika ditemui pagi ini.

Penampilan yang luar biasa ditunjukkan oleh anak didik K. Rajagopal selaku jurulatih skuad kebangsaan membuahkan kejayaan merangkul kejuaraan dalam menjulang Piala Suzuki AFF 2010 sekaligus menepis gelora Bung Karno.

Menurut DDR, berbekalkan semangat kesukanan terhadap barisan muda yang diketuai oleh Safiq Rahim selaku ketua pasukan skuad negara memperoleh kegembiraan yang dianggap kenangan bermakna di dalam arena bola sepak.

“Ternyata skuad Garuda dilanda kekecewaan pada tahun 2010 ini dan jelas membuktikan negara yang dianggap sekerdil Malaysia mampu memberikan kejutan besar untuk negara luar,” katanya.

Beliau berkata lagi, kehebatan Malaysia tidak dapat disangkal dengan tindakan penjaga gawang negara Kharul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti pada minit awal perlawanan.

Skuad Harimau rai kejayaan

“Walaupun skuad kebangsaan tewas di Bung Karno, Jakarta namun bekalan 3-0 di Stadium Bukit Jalil dan jaringan cantik Safee Sali memberikan kemenangan dengan agregat 4-2 terhadap Malaysia.

“Jadi, sikap dan semangat sebeginilah yang harus ditunjukkan kita golongan bangsa 1 Malaysia mendapat tempat di mata dunia supaya digeruni dan disegani masyarakat luar di dalam bidang yang diceburi,” ujarnya lagi pemilik label dR Rozmey itu.